Aktiviti

Covid-19: Nasarudin lancar operasi sanitasi nyah kuman di Chembong

REMBAU: Sukarelawan Pejabat Penyelaras DUN Chembong di ketuai Tuan Nasarudin Ibrahim, telah melancarkan operasi semburan sanitasi nyah kuman di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas.

Penyelaras DUN Chembong, Nasarudin berkata, setelah mendapat maklumat dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyatakan terdapat kes positif Covid-19 di kalangan pelajar ILP Pedas, maka operasi sanitasi dilakukan segera.

“Operasi semburan sanitasi di tempat awam sebenarnya telah dimulakan sejak tahun lepas.

“Selain ILP Pedas, operasi juga ditumpukan di bangunan awam seperti masjid, surau, taman perumahan, bangunan komuniti, kedai runcit, pasar awam basah, pasaraya, terminal bas dan teksi serta pusat pengajian yang ada kes positif Covid-19.

“Gerak kerja yang dibuat secara sukarela ini adalah bertujuan bagi membantu Kerajaan Negeri dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di sekitar kawasan DUN Chembong ini,” katanya.

Nasarudin memohon orang ramai supaya memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mematuhi arahan pihak berkuasa supaya sentiasa mengamalkan SOP PKP bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.

Nasarudin merakamkan penghargaan kepada semua MPKK di dalam DUN Chembong dan Amal Team Rembau (NGO) yang membantu menjayakan operasi sanitasi ini.

 

Show More

Related Articles

Back to top button