Aktiviti

Gemas: 15 pelajar terima beg sekolah dari Siti Aishah

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah menyumbang beg sekolah dan peralatan menulis kepada 15 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

Beliau turut menyerahkan barangan keperluan asas kepada ibubapa pelajar terbabit bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung, kesan daripada pandemik Covid-19.

Majlis ‘Back to School Gemas’ ini berlangsung di Balai Raya Kampung Sri Gemas.

Sementara itu, Siti Aishah juga sempat menziarahi seorang pesakit kencing manis yang telah dipotong ibu jari kakinya akibat terkena duri sawit iaitu Isnin Mohd.

Siti Aishah menyampaikan barangan keperluan dapur dan sumbangan kewangan peribadi.

“Seorang penduduk tempatan, Rohana Majid yang dikuarantin di rumah kerana demam yang berpanjangan, turut menerima sumbangan barangan makanan asas.

“Terima kasih kepada MPKK Kampung Sri Gemas yang bekerjasama menjayakan program ini,” ujarnya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button