BeritaProgram

Ahli Majlis Daerah dapat Duit Raya RM1,000

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 88 Ahli Majlis Daerah di Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba, sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan BKK kepada semua Ahli Majlis Daerah di Negeri Sembilan.

“Saya percaya kejayaan pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan juga datang daripada peranan dan komitmen Ahli-Ahli Majlis.

“Setiap Ahli Majlis bagi Majlis Daerah akan menerima BKK sebanyak RM1,000.

“Bantuan ini membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM88,000 dan melibatkan 88 orang penerima.

“Saya berharap BKK ini akan menyuntik semangat dan komitmen kerja yang tinggi kepada semua Ahli Majlis dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan BKK Hari Raya kepada Ahli Majlis Daerah di Wisma Negeri hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button