Aktiviti

‘Back to School Gemas’ bantu pelajar kurang kemampuan

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman meneruskan program ‘Back to School’ di Kampung Kurnia DiRaja, Pasir Besar.

Pada program kali ini, seramai lima pelajar dari keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan beg sekolah dan peralatan alat tulis dari Siti Aishah.

“Saya turut menyerahkan barangan keperluan dapur kepada lima keluarga tersebut yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Saya berharap pihak MPKK akan terus berganding bahu dengan Pejabat Penyelaras DUN Gemas untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat,” kata Siti Aishah.

Sementara itu Siti Aishah mengadakan lawatan muhibbah ke Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas untuk mengenali dan suai kenal dengan Ketua Penolong Pegawai Pejabat Daerah Kecil Gemas, Puan Suriani Salihan.

“Saya juga berkesempatan untuk berjumpa dengan Encik Salahuddin Sanusi, di Bahagian Unit Pembangaunan, sekaligus membincangkan hal berkaitan.

“Saya berharap semoga jalinan erat ini dapat membantu dalam menyelesaikan masalah masyarakat di DUN Gemas pada masa akan datang,” ulas Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button