Aktiviti

73 keluarga terima bantuan makanan dari Saiful

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman mengagihkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 66 keluarga yang kurang berkemampuan di Felda Pasoh 2.

“Penerima bantuan makanan terdiri dari golongan asnaf, OKU dan pesakit terlantar.

“Sementara itu saya turut menyumbang bantuan makanan kepada tujuh keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Kampung Sungai Sampo di sini.

“Semoga bantuan makanan ini meringankan beban keluarga penerima bantuan.

“Terima kasih kepada Pengerusi MPKK Felda Pasoh 2, Encik Abdul Kadir dan Pengerusi MPKK Kampung Sungai Sampo, Encik Atan di atas kerjasama menyampaikan maklumat berhubung kes ini kepada saya,” ujar Saiful Bahri.

Show More

Related Articles

Back to top button