Berita

Rahman: Rumah warga emas akan dibaik pulih dengan kos RM20 ribu

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli mengambil inisiatif membaik pulih kediaman seorang warga emas yang tinggal sebatang kara di Kampung Gajah Mati.

Abdul Rahman berkata, rumah yang didiami Rabiah Arje, 79, mengalami kerosakan teruk di bahagian siling akibat dirosakkan oleh sekawan beruk baru-baru ini.

“Saya bersetuju untuk membaiki kerosakan rumah ini dan kos baik pulih dianggarkan RM20,000.

“Kita juga bersetuju untuk membersihkan belukar bersebelahan rumah Rabiah agar serangan kawanan beruk ini tidak berulang lagi,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button