Berita

77 keluarga terima bantuan pek makanan dari Aishah

GEMAS: Kesan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) akibat pandemik Covid-19 sangat dirasai oleh hampir segenap lapisan masyarakat.

Justeru, bagi meringankan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan, Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah mengagihkan bantuan makanan kepada 77 keluarga di sekitar Pekan Gemas.

“Rata-rata penduduk di Gemas ini amat terkesan kerana kebanyakkan mereka bekerja di kilang papan dan sebagai pemandu lori, yang tidak boleh beroperasi dalam tempoh PKP 3.0.

“Golongan ibu tunggal pula, ramai yang hanya bekerja di kedai makan.

“Diharapkan bantuan makanan ini sedikit sebanyak membantu keluarga ini dalam tempoh PKP 3.0,” ujar Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button