Berita

77 pelajar sekolah terima sumbangan cermin mata

KOTA: Seramai 77 pelajar sekolah dari Daerah Rembau yang mempunyai masalah penglihatan mata menerima sumbangan cermin mata secara percuma.

Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim berkata, sumbangan ini bagi meringankan beban ibubapa yang kurang berkemampuan yang mempunyai anak mengalami masalah rabun mata.

“Terima kasih kepada CIMB Foundation dan SpecTruck di atas sumbangan cermin mata kepada 77 pelajar sekolah di Daerah Rembau.

“Terima kasih juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan yang sudi bekerjasama dengan Pejabat Penyelaras DUN Kota bagi menyempurnakan majlis ini,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button