Berita

78 keluarga terkesan Covid-19 terima sumbangan makanan dari Saiful

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful bahri Jaamann telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 78 keluarga yang terjejas pendapatan akibat PKP 3.0 di Kampung Dusat.

“Saya mengagihkan barangan keperluan dapur kepada sembilan keluarga dari Ladang Ayer Hitam, Taman Seri Ayer Hitam (16 keluarga), Kampung Seri Air Hitam (18) dan Kampung Baru Ayer Hitam (35).

“Sumbangan telah diserahkan secara Pandu Lalu (Drive-Thru) mengikut SOP yang ditetapkan.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga terbabit,” kata Saiful jaaman.

Saiful Bahri merakamkan penghargaan kepada Pengerusi MPKK Kampung Dusat, Encik Tahir dan ahli jawatankuasanya, yang banyak membantu dalam urusan pengagihan bantuan makanan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button