Berita

26 pelajar DUN Chembong terima Biasiswa Rendah Negeri

CHEMBONG: Pegawai Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun; telah menyerahkan Biasiswa Rendah Negeri kepada 26 pelajar yang terpilih.

“Biasiswa Rendah Negeri merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam usaha membantu pelajar yang dari keluarga B40.

“Bantuan ini bernilai RM30 sebulan. Namun, Kerajaan Negeri membayar terus untuk 11 bulan yang berjumlah RM330.

“Disebabkan faktor SOP pencegahan Covid-19, saya telah menyerahkan bantuan ini dari rumah ke rumah pelajar terbabit,” kata Nasarudin.

Nasarudin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Aminuddin yang sentiasa peka terhadap permasalahan rakyat, lebih-lebih lagi ketika negara menghadapi pandemik Covid-19.

Show More

Related Articles

Back to top button