Berita

80 keluarga Hindu terima sumbangan bakul makanan

JELEBU: Sempena sambutan Deepavali pada 4 November nanti, sebanyak 80 keluarga telah menerima bantuan bakul makanan dari Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam.

Veerapan mengagihkan sumbangan ini dalam satu majlis anjuran Persatuan Malayali Simpang Pertang di Kampung Simpang Pertang, Jelebu.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan keluarga ini menjelang Deepavali tidak lama lagi.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Malayali Simpang Pertang di bawah pimpinan Encik Krishnan yang aktif menjalankan pelbagai program yang memberikan manfaat kepada orang ramai,” kata beliau.

Sementara itu, Veerapan menasihatkan orang ramai bahawa walaupun sudah terima vaksin lengkap, ini bukan bermakna mereka tidak boleh dijangkiti Covid-19.

“Patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” ujarnya.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button