BeritaMenarik

KARNIVAL DEEPAVALI: 150 peniaga dapat peluang berniaga di Taman AST

Lebih 10,000 orang hadir setakat 9 November

SEREMBAN: Seramai 150 peniaga tempatan mendapat manfaat berniaga di Karnival Deepavali anjuran Kerajaan Negeri Sembilan di Taman AST.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, YB J.Arul Kumar berkata, tapak Karnival Deepavali di Jalan Dato’ Lee Fong Yee pada tahun-tahun sebelum ini hanya mampu menyediakan 85 lot gerai.

“Justeru itu, Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menganjurkan Karnival Deepavali di Taman AST dan kesemua 150 lot gerai yang ditawarkan telah disewa oleh peniaga kecil tempatan.

“Selain itu tapak Karnival Deepavali di Taman AST juga mempunyai tempat letak kereta yang luas.

“Sehingga hari ini (9 November) lebih 10,000 orang telah mengunjungi Karnival Deepavali di Taman AST,” kata Arul Kumar kepada Negeri Kita malam tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button