Aktiviti

80 keluarga terima bantuan RM300 dari Loke

CHENNAH: ADUN Chennah, YB Loke Siew Fook menyampaikan cek RM300 kepada 80 keluarga kurang berkemampuan dari DUN Chennah.

Loke berkata, 80 keluarga yang menerima ‘Bantuan Covid-19’ ini dari Kampung Simpang Durian, Kampung Sungai Buloh, Kampung Mentaus dan Kampung Juntai.

“Menyedari banyak keluarga kurang berkemampuan menerima kesan akibat pandemik Covid-19, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan berusaha untuk membantu bagi meringankan beban mereka dengan bantuan kewangan ini.

“Ini merupakan peruntukan ‘Bantuan Covid-19’ yang diluluskan pada tahun 2020.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan meneruskan usaha pada tahun ini untuk membantu rakyat Negeri Sembilan mengatasi kesusahan akibat pandemik Covid-19,” kata Loke.

Majlis penyerahan bantuan kewangan ini berlangsung di Dewan Orang Ramai Simpang Durian.

Show More

Related Articles

Back to top button