Berita

Negeri Sembilan melebihi sasaran pembinaan Rumah Mampu Milik

TEMIANG: Negeri Sembilan berjaya mencatatkan prestasi memberansangkan apabila mencatatkan pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) melebihi sasaran sepatutnya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hal ini kerana dalam Rancangan Malaysia Ke-12 sasaran sepatutnya hanyalah sebanyak 9,641 unit sahaja.

“Walau bagaimanapun, sehingga 7 Disember sebanyak 12,338 unit yang telah siap dibina, sedang dibina dan bakal dibina.

“Kita berjaya mencatatkan surplus sebanyak 2,697 unit.

“Ia menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dan pemaju di Negeri Sembilan amat mengambil berat isu Rumah Mampu Milik ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut tambah bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat keperluan rakyat Negeri Sembilan yang merangkumi golongan B40, M40 dan T20.

“Kerajaan Negeri akan sentiasa berusaha memastikan pembangunan perumahan mampu milik dan pasaran hartanah bebas sentiasa seimbang dan memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat seupaya mungkin,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button