Berita

80 peratus penduduk Negeri Sembilan telah divaksinasi

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, seramai 80 peratus penduduk dewasa di negeri ini telah menerima vaksin dos pertama.

“Setakat 10 Ogos, seramai 653,938 orang yang berumur 18 tahun ke atas, yang bersamaan dengan 80.30 peratus individu telah menerima suntikan vaksin dos pertama.

“Manakala seramai 441,798 individu atau 54.25 peratus penduduk dewasa Negeri Sembilan telah menerima vaksin dos kedua setakat 11 Ogos,” katanya.

Aminuddin berkata demikian dalam ucapan perasmian Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang diadakan secara atas talian (online) sebentar tadi.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button