Aktiviti

MPKK Palong 3 bakal usahakan tanaman buah salak

PALONG: MPKK Felda Palong 3 mengambil satu pendekatan proaktif dalam menjana pendapatan dan ekonomi setempat, apabila bakal mengusahakan tanaman buah salak.
Justeru, Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham mengadakan satu lawatan kerja ke tapak cadangan tanaman buah salak tersebut di Felda Palong 3.
“Sebagai langkah menyahut seruan YAB Dato Seri Aminuddin Harun, yang telah mengistiharkan Jempol sebagaiĀ  sebahagian daripada daerah Agropolis, maka pelbagai usaha telah dirancang di DUN Palong khususnya bagi menzahirkan hasrat tersebut.
“Petang kelmarin, saya bersama Pengerusi MPKK Felda Palong 3 berkesempatan melawat sebidang tanah yang telah dikenalpasti akan dibangunkan dengan tanaman buah salak yang akan mendatangkan manfaat yang besar kepada penduduk tempatan,” kata Rebin.
Show More

Related Articles

Back to top button