Aktiviti

Pesakit kencing manis kehilangan dua kaki dapat perhatian Nasir

BAGAN PINANG: Seorang pesakit kencing manis, Encik Zaimi Mazlan, 44, dari Taman Intan Perdana, Port Dickson yang terlantar di rumahnya selama dua tahun dapat perhatian Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman.

“Beliau telah kehilangan kedua belah kaki akibat penyakit kencing manis.

“Saya menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian, lampin pakai buang dan tilam.

“Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggungnya,” kata Nasir.

Isteri Zaimi, Puan Siti Norfizah Zainal, mengucapkan terima kasih kepada Nasir di atas sumbangan dan keprihatinan beliau.

Turut serta dalam lawatan ini Pengerusi MPKK Teluk Kemang, Encik Zulkifli Zakaria.

Show More

Related Articles

Back to top button