Aktiviti

Penunggang Food Panda yang kemalangan dapat perhatian Musliadi

JERAM PADANG: Seorang penunggang Food Panda (penghantar makanan), Encik Amir Aizat Aznan yang terlibat dengan kemalangan baru-baru ini mendapat perhatian Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Saya dimaklumkan Amir Aizat yang tinggal di Taman Desa Putri mengalamai kecederaan tangan dan lutut dan ini membataskan pergerakan beliau.

“Beliau bergantung sepenuhnya pada pendapatan sebagai penghantar makanan. Isteri beliau juga sedang mengandung anak sulung.

“Saya menyampaikan barangan keperluan dapur dan sumbangan wang tunai untuk menampung perbelanjaan harian sementara berada dalam tempoh cuti sakit.

“Semoga beliau cepat sembuh dan kembali bertugas,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button