Berita

98 pelajar Gemencheh terima Bantuan Anak Sekolah

GEMENCHEH: Seramai 98 pelajar dari DUN Gemencheh menerima Bantuan Anak Sekolah (BAS) dari Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

“BAS merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Bantuan RM550 setahun ini akan diagihkan kepada pelajar yang layak. Di bawah Fasa 1, sebanyak RM300 telah disumbang kepada 98 pelajar pada bulan Jun.

“Manakala RM250 lagi akan diserahkan pada bulan Oktober nanti,” kata Abd Latif.

Abd Latif berharap sumbangan ini akan meringankan kos pendidikan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Show More

Related Articles

Back to top button