Berita

Abd Latif: Pelajar cemerlang SPM DUN Gemencheh terima komputer riba

Seramai 72 pelajar miskin terima Bantuan Anak Sekolah RM550

GEMENCHEH: Bidang pendidikan antara aspek yang sering ditekankan oleh Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif Abd Tambi.

Justeru, dalam usaha mengalakkan pelajar mencapai keputusan cemerlang, Abd Latif dengan kerjasama Ahli Parliman Tampin YB Datuk Dr.Hasan Bahrom telah memperkenalkan insentif sumbangan komputer riba kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan ‘Straight A’  setiap tahun.

Sempena program Kempen Jalur Gemilang dan Penyampaian Sumbangan Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) DUN Gemencheh, di Dewan Seri Gemencheh; Abd Latif bersama Dr Hasan telah menyerahkan komputer riba kepada seorang pelajar yang mencapai keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan SPM pada tahun lepas.

“Selain itu, pada hari ini saya juga telah menyerahkan Bantuan Anak Sekolah kepada 72 murid miskin dari DUN Gemencheh.

“Sebanyak RM300 setiap seorang diagihkan untuk Fasa 1 dan bakinya RM250 untuk Fasa 2 akan diserahkan bermula bulan Oktober ini,” kata Abd Latif.

Sementara itu, Abd Latif berkata, pejabatnya menganjur Pertandingan Hiasan Kampung Sempena Bulan Kemerdekaan.

Kesemua 21 pengerusi MPKK DUN Gemencheh menerima bendera Malaysia dan Negeri Sembilan dari Abd Latif.

“Wang tunai RM1,000 beserta hamper akan dihadiahkan kepada hiasan kampung tercantik. Hadiah Kedua RM500, Ketiga RM300, Hadiah Keempat dan Kelima RM150 berserta hamper,” ujar Abd Latif.

Hadir sama semua 21 Pengerusi MPKK DUN Gemencheh, Ketua Balai Bomba Gemencheh, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Kado) Pejabat Daerah Tampin dan Wakil YDP Majlis Daerah Tampin.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button