Aktiviti

Abdul Rahman serah mesin tebu kepada ibu tunggal OKU

SERTING: Bak kata pepatah “memberikan kail pancing lebih baik daripada memberi ikan”; Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli telah menyerahkan sebuah mesin tebu kepada seorang ibu tunggal yang pekak dan bisu di Felda Serting Hilir 1.

“Mesin tebu yang berharga RM1,700 itu telah diserahkan kepada Puan Noorjuliewati Ramli (36 tahun) yang selama ini menampung kehidupannya bersama seorang anak, hanya melalui perniagaan menjual kuih-muih dan minuman di depan rumahnya.

“Saya berharap mesin tebu yang disumbangkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memperbaiki taraf ekonomi Puan Noorjuliewati sekeluarga,” kata Abdul Rahman.

Noorjuliewati mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman di atas sumbangan ini.

Show More

Related Articles

Back to top button