Aktiviti

Abdul Rahman sumbang katil mudah alih kepada pesakit kanser

SERTING: Prihatin dengan kesengsaraan seorang pesakit kanser di DUN Serting; Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli telah menyumbangkan sebuah katil mudah alih kepada Encik Redzuan Shaharuddin di Felda Serting Hilir 3.

“Encik Redzuan yang telah menderita penyakit kanser otak selama dua tahun.

“Diharapkan dengan sumbangan katil mudah alih ini, akan memudahkan ahli keluarganya menguruskan rutin Redzuan,” kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman turut menyerahkan bantuan kewangan kepada Redzuan.

Redzuan mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman di atas sumbangan tersebut.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button