Berita

ABIM Negeri Sembilan santuni asnaf Sri Menanti

40 orang asnaf terima sumbangan barang keperluan asas

SRI MENANTI: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan telah menganjurkan program menyantuni golongan asnaf di Sri Menanti.

Yang Dipertua ABIM Negeri Sembilan, Mohd Kamarul Arifin Wafa berkata, seramai 40 orang asnaf dari Kampung Tengah, Kampung Tengah Ulu, Kampung Bukit Perah dan Kampung Gamin menerima sumbangan barangan keperluan asas.

“Baru baru ini ABIM menyambut kelahirannya yang ke-49 yang telah diasaskan oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Sehingga kini ABIM antara NGO yang bergiat aktif.

“ABIM akan terus berkolobarasi bersama Penyelaras DUN Seri Menanti bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka,” kata Mohd Kamarul Arifin.

Turut hadir, Penyelaras DUN Sri Menanti, Tuan Shahran Kaat; Pengerusi Islamic Outreach ABIM (IOA), Dr Haji Shamsul Azhar Yahya dan Razmi Ismail dari ABIM NS.

 

Show More

Related Articles

Back to top button