Berita

Aduan bau busuk di Kampung Baru Gedok akan diatasi segera,” Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi bersama Pegawai Daerah Tampin, Puan Suhaiza Sharuddin dan Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Tampin, Encik Osman Manhat telah turun padang melawat lokasi aduan pencemaran bau di Kampung Baru Gedok.

Abd Latif berkata, masalah bau busuk ini berpunca dari air kumbahan yang mengalir ke dalam longkang dan membuatkan kejiranan kurang selesa kerana bau busuk.

“Kami juga berkesempatan melawat sebuah kawasan tebing yang mempunyai sebatang pokok besar yang membahayakan penduduk setempat.

“Tindakan segera akan diambil oleh Majlis Daerah Tampin ke atas kedua-dua aduan ini,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Baru Gedok, Encik Wong dan Ahli Jawatankuasanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button