Berita

ADUN Backbenchers PH kongsi buah fikiran dengan YNS

SEREMBAN: ADUN Backbenchers Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan diketuai oleh pengerusinya, YB P.Gunasekaran telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Negeri Sembilan (YNS) baru-baru ini.

Dalam pertemuan dengan Pengarah YNS, Tuan Mat Ghazali Abd Rakim, ADUN Backbenchers PH telah mencadangkan beberapa penambahbaikan operasi dan pengurusan YNS serta perkara berkaitan dengan kebajikan pelajar IPTA dari Negeri Sembilan.

“Antaranya YNS boleh menambah hasil dengan menyewakan tanah dan bangunan milik YNS, menaikkan elaun sara hidup pelajar IPTA Negeri Sembilan daripada RM100 ke RM200 sebulan.

“Selain itu kami juga mencadangkan agar YNS mengambil kakitangan baru bagi membantu pentadbiran YNS.

“Pelajar adalah nadi masa depan dan banyak bantuan kewangan boleh disalurkan oleh YNS jika hasil dapat dipertingkatkan,” kata Gunasekaren yang juga ADUN Seremban Jaya.

ADUN Backbenchers PH Negeri Sembilan yang hadir dalam pertemuan ini termasuk Timbalannya YB Suhaimi Kassim (ADUN Lenggeng); YB Michael Yek Diew Ching (ADUN Chuah); YB Yap Yew Weng (ADUN Mambau); YB Ng Chin Tsai (Adun Temiang); YB Mary Josephine (ADUN Rahang) dan YB Chew Seh Yong (ADUN Lobak).

Show More

Related Articles

Back to top button