Berita

ADUN Chuah pantas ambil tindakan selesai masalah banjir kilat

CHUAH: Kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa tempat di DUN Chuah, selepas hujan lebat sejak malam tadi hingga pagi tadi. Ini termasuk di Kampung Bukit Pelandok, Kampung Baru Sungai Nipah dan Kampung India.

MPKK Kampung India menerima aduan daripada penduduk bahawa banjir kilat berlaku di Tanah Perkuburan Hindu di Kampung India, kawasan kebun kelapa sawit dan kedai biskut tradisional di Kampung Bukit Pelandok.

Susulan maklumat dari MPKK tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, YB Michael Yek Diew Ching telah bergegas ke tempat kejadian.

Tanah Perkuburan Hindu Kampung India ditenggelami air akibat banjir awal pagi tadi. Foto: Alicia

“Disebabkan hujan lebat yang turun terlalu lama, air parit melimpah memasuki kawasan tanah perkuburan Hindu, kebun kelapa sawit dan kedai biskut traditional tersebut.

“Tindakan segera telah diambil dengan menggunakan perkhidmatan jentolak JCB (kontraktor) bagi menggorek parit-parit di tempat tersebut.

“Selain daripada itu, satu parit di Kampung India yang penuh dengan semak samun juga dibersihkan pada hari ini untuk memastikan kelancaran aliran air,” kata Michael Yek.

Kebun kelapa sawit turut ditenggelami air banjir. Foto: Alicia.

Ahli Majlis MPPD, Puan Ee Chai Hoon; Pengerusi MPKK Kampung Bukit Pelandok, Puan Chin Fung Lan; Pengerusi MPKK Kampung Baru Tanah Merah Site C, Encik Wong Kok Loi dan Wakil MPKK Kampung India, Encik Selvan Muniandy turut meninjau tempat kejadian dan memastikan kerja-kerja kontraktor di lokasi-lokasi tersebut dijalankan dengan lancar.

Show More

Related Articles

Back to top button