Berita

Program MyPride Fair bantu banduan tingkatkan jati diri

SEREMBAN: Program MyPride Fair yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara Malaysia membantu meningkatkan jati diri dalam kalangan banduan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, program tersebut mengasah bakat penghuni penjara dengan menghasilkan pelbagai produk.

“Produk yang dihasilkan akan dijual di dalam program ini.

“Selain itu, ia juga dapat membetulkan stigma masyarakat kepada golongan banduan.

“Saya amat menyokong penuh usaha yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara ini.

“Saya juga yakin produk yang dihasilkan oleh mereka ini akan mendapat tempat dalam pasaran tempatan.

“Hal ini kerana produk tersebut mempunyai nilai dan makna yang tersendiri.

“Sebagai contoh, batik yang dihasilkan oleh Penjara Kajang mempunyai seni yang unik dan juga terhad,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button