Berita

ADUN Rahang sumbang kerusi kusyen kepada Klinik Kesihatan Rasah

RAHANG: ADUN Rahang, YB Mary Josephine telah menyumbang 10 unit kerusi kusyen kepada Klinik Kesihatan Rasah.

“Kebanyakkan kerusi yang sedia ada sudah rosak. Kerusi yang selesa sangatlah perlu untuk pesakit yang menunggu rawatan.

“Diharapkan sumbangan kerusi kusyen ini memberi keselesaan kepada pesakit yang datang ke Klinik Kesihatan Rasah.

“Saya juga amat berterima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana telah meluluskan pembelian satu unit mesin X-Ray untuk kemudahan pesakit yang datang menerima rawatan,” kata Mary.

Mary berkata, sebelum ini beliau telah beberapa kali membentangkan permasalahan ini dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Sebelum ini pesakit perlu pergi ke Hospital Tuanku Jaafar untuk menjalani prosedur X-Ray kerana mesin X-Ray yang sedia ada telah rosak..

“Ini menyulitkan pergerakan pesakit yang sememangnya telah sakit.

“Namun, dengan kemudahan mesin X-Ray yang baru ini, ia juga akan memudahkan tugasan pegawai perubatan di klinik kesihatan ini,” ujar Mary.

Turut hadir Ahli Majlis Zon Rahang, Saudari Winnie Suri.

Show More

Related Articles

Back to top button