Aktiviti

AeroJamming Merdeka Zon Jelai dapat sambutan menggalakkan

Seramai 120 beliawanis dan 45 peserta konvoi bermotor

GEMAS: Program Konvoi Bermotor dan AeroJamming Sempena Sambutan Kemerdekaan Peringkat Zon Jelai anjuran Pejabat Penyelaras DUN Gemas dengan kerjasama MPKK Felda Jelai 2, mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring berkata, penglibatan golongan belia dan beliawanis dalam program yang dianjurkan di Felda Jelai 2 mencapai sasaran.

“Seramai 120 beliawanis menyertai Aerojamming, manakala 45 peserta bermotor untuk acara konvoi.

“Walaupun negara masih berperang dengan pandemik Covid-19 dan berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kita bersyukur kerana masih dapat berkumpul tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan keturunan dan bersama menjayakan program dengan suasana yang harmoni dan aman.

“Walaupun program ini diadakan secara sederhana tetapi mampu menyemarakkan semangat cintakan negara dan patriotisme dalam masyarakat di negeri ini khususnya di DUN Gemas,” kata Rusnani.

 

Turut diadakan pertunjukan seni pertahanan diri Muay Thai, nyanyian dan penyerahan Jalur Gemilang kepada semua peserta dan orang ramai serta cabutan nombor bertuah bagi pengunjung dan peserta yang hadir.

Turut hadir Ahli Majlis Pimpinan KeADILan Negeri, Saudara Jeffrey Young Ahmad; Pengurus Felda Jelai 1, Encik Juraimi; Pengurus Felda Jelai 3, Encik Mohd Najib; Pengurus Felda Jelai 4, Encik Zainal; dan Pengerusi GPW Jelai 2, Puan Hajah Ramlah serta barisan kepimpinan MPKK dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) Zon Jelai.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button