BeritaProgram

Kerajaan Negeri Sembilan peruntuk RM351 juta untuk pembangunan Islam

SEREMBAN: Peruntukan bagi hal Ehwal Islam di Negeri Sembilan termasuk peruntukan pembangunan mengalami peningkatan sebagai bukti komitmen Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memartabatkan syiar Islam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pada tahun 2018 sebanyak RM57 juta telah diperuntukkan.

“Pada tahun 2019 sebanyak RM 68 juta, manakala pada tahun 2020 meningkat kepada RM70 juta,.

“Pada tahun 2021 peruntukan untuk pembangunan Islam naik kepada RM74 juta dan bagi tahun 2022 meningkat kepada RM82 juta.

“Sama-sama kita bersyukur dan menghargai hadiah kejayaan dan pencapaian yang semakin hari semakin cemerlang ini dengan tekad untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada rakyat negeri ini dengan lebih gigih dan ikhlas kerana Allah.

“Semoga segala usaha yang dilakukan demi kepentingan rakyat diterima oleh Allah SWT sebagai bukti pengabdian kepada-Nya dan dikurniakan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah SWT jua,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Ucaptama Seminar Negeri Sembilan Bersih, Muafakat dan Sejahtera di D’Tempat Country Club, Sendayan.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button