Berita

Ahmad Azam dipilih semula sebagai Senator bagi penggal kedua

SEREMBAN: Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14, telah meluluskan usul bagi memilih Senator Dato’ Dr. Ahmad Azam Hamzah (Pakatan Harapan) sebagai Ahli Dewan Undangan Negara mewakili Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun membawa usul mencadangkan Ahmad Azam dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negara untuk penggal yang kedua.

Usul tersebut disokong oleh ADUN Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani dan mendapat undi majoriti.

Aminuddin mengucapkan tahniah kepada Ahmad Azam kerana dipilih sebagai Senator.

“Semoga beliau terus cemerlang dalam mewakili suara rakyat Negeri Sembilan dalam Dewan Negara,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button