Berita

Aidil Fitri: ‘Frontliners’ HTJ Seremban disantuni Mary

Warga perubatan HTJ Seremban terima kek muffin

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, YB Mary Josephine Prittam Singh bersama Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Saudari Winnie dan Ahli Lembaga Pelawat Klinik Kesihatan Seremban, Saudara Zul serta petugas Pusat Khidmat DUN Rahang telah menziarahi warga perubatan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Kunjungan ini adalah untuk menghadiahkan kek muffin kepada ‘frontliner’s yang bertugas di Hospital Tuanku Jaafar yang tidak berpeluang untuk menyambut Hari Raya yang begitu istimewa disebabkan tanggungjawab sebagai ‘frontliners’ pada tempoh PKPB ini.

YB Mary (tengah hadapan) menyerahkan sumbagan kuih raya kepada ‘frontliners’ Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sempena sambutan Aidil Fitri

“Sumbangan kuih raya ini adalah sebagai tanda penghargaan saya kepada ‘frontliners’ di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

“Semoga sumbangan ini dapat menceriakan sambutan Aidil Fitri warga perubatan di hospital ini.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ‘frontliners’ yang terpaksa bertugas pada musim perayaan ini,” kata YB Mary.

#Negeri Sembilan Bersih, Muafakat, Sejahtera

Show More

Related Articles

Back to top button