Berita

Aishah anjur e-Sport untuk belia dan beliawanis Gemas

GEMAS: Pejabat Penyelaras DUN Gemas dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Gemas dan MPKK DUN Gemas telah mengadakan pertandingan e-Sport di Dewan Besar Gemas.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman@Othman berkata, pertandingan ini melibatkan belia berumur dari 18 tahun hingga 35 tahun.

“Acara e-Sport yang diadakan ialah adalah permainan bolasepak menggunakan gajet PS4.

“Setiap MPKK menghantar 10 orang wakil dan pertandingan ini berlangsung selama dua hari.

“Objektif pertandingan ini diadakan adalah bagi menggalakkan golongan muda berkecimpung dalam aktiviti yang sihat termasuk sukan e-Sport,” kata beliau.

 

Tempat pertama dimenangi oleh Muhamad Afiq Hafizuddin dari Kampung Gemas Indah yang menerima hadiah wang tunai RM300.

Tempat kedua, Muhammad Aiman Alias dari Kampung Ulu Ladang (RM 200). Tempat ketiga, Muhammad Afiq Irfan dari Kampung Ladang (RM100).

Manakala lapan pemenang saguhati menerima hadiah wang tunai RM50 setiap seorang.

Show More

Related Articles

Back to top button