Berita

Aishah bantu tampung kos pembedahan mata Mohd Yusairy Asraf

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman@Othman telah menyantuni Encik Mohd Yusairy Asraf Mohd Yusoff, 39, yang mengalami komplikasi penglihatan mata.

Siti Aishah berkata, Mohd Yusairy Asraf sepatutnya menjalani pembedahan di Hospital Selayang tetapi pembedahan tidak dapat dibuat dalam masa terdekat kerana hopsital tersebut telah dijadikan sebagai pusat rawatan Covid-19.

“Namun, pembedahan perlu dibuat dengan kadar segera kerana sedia maklum mata merupakan antara organ penting manusia untuk melihat dan berdikari.

“Justeru, beliau telah mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta dan memerlukan perbelanjaan yang besar.

“Maka atas dasar prihatin dan simpati dengan keadaan beliau, saya menyumbang sejumlah bantuan kewangan bagi membantu menampung kos pembedahan beliau,” jelas Siti Aishah.

Sementara itu, Mohd Yusairy Asraf mengucapkan terima kasih Siti Aishah kerana sudi membantu meringankan kos pembedahan mata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button