Berita

Aishah berjaya daftar 451 warga emas Gemas untuk menerima vaksin

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman telah berjaya mendaftarkan 451 warga emas untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Penyelaras DUN Gemas bersama 15 MPKK telah menjalankan kempen pendaftaran vaksin Covid-19 khususnya memfokuskan golongan warga emas yang tidak mempunyai akses internet.

“Kempen pendaftaran ini dijalankan di 15 kampung dalam DUN Gemas.

“Alhamdulillah, dalam masa dua minggu kita berjaya mendaftarkan 451 warga emas untuk menerima vaksin,” kata Siti Aishah.

Siti Aishah berkata demikian kepada Negeri Kita, selepas menyerahkan 451 borang pendaftaran vaksin kepada Pegawai Klinik Kesihatan Gemas, Dr.Iqbal Omar.

Turut hadir bersama Pengerusi MPKK Kampung Gemas Indah, Encik Mohd Rawi Majid dan MPKK Kampung Ladang, Encik Ahmad Hamidi Seman.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun sebelum ini menggesa lebih ramai rakyat Negeri Sembilan mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin Covid-19.

Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melalui ADUN, Penyelaras DUN dan MPKK sedang berusaha mendaftarkan lebih ramai golongan yang tidak mempunyai jaringan internet bagi menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu Siti ‘Aishah turut menyumbang makanan tengahari kepada 12 orang kakitangan Klinik Kesihatan Gemas yang bertugas di bahagian pemberian vaksin.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button