Berita

Aishah hulur bantuan makanan kepada 33 keluarga dikuarantin Covid-19

GEMAS: Sebanyak 33 keluarga di Kampung Kurnia DiRaja, Felda Pasir Besar dan Kampung Pasir Besar telah dikenal pasti sebagai Kluster Kilang Getah Pasir Besar.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman berkata, bagi meringan beban keluarga yang dikuarantin itu, beliau telah menyumbang barangan makanan basah seperti ayam segar dan ikan; melalui Pengerusi MPKK Kampung Kurnia DiRaja, Encik Mahmod Isa; Pengerusi MPPKK Felda Pasir Besar Encik Hermansyah Edizar dan wakil MPKK Kampung Pasir Besar, Encik Azman Maaris.

“Setakat kelmarin, 33 keluarga telah dikenal pasti yang perlu menjalani proses kuarantin dirumah dan kemungkinan besar angka ini boleh bertambah.

“Namun, saya bersedia untuk menghulurkan bantuan makanan sekiranya ada lagi keluarga yang dikenal pasti perlu dikuarantin di rumah.

“Saya berharap sesiapa yang diarahkan dikuarantin, sila patuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya wabak ini tidak merebak kepada orang lain,” kata Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button