Berita

Aishah hulur bantuan makanan kepada 417 keluarga terkesan dengan PKP 3.0

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman mengagihkan bantuan makanan kepada 417 keluarga yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) di DUN Gemas.

“Hampir setiap hari saya mendapat maklumat ada keluarga yang terputus bekalan makanan dan dikuarantin akibat Covid-19.

“Justeru, kita di Pejabat Penyelaras DUN Gemas membantu dengan menghantar barangan keperluan dapur kepada keluarga yang terkesan dengan PKP 3.0 dan pandemik Covid-19.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga tersebut,” ujar Siti Aishah.

Siti Aishah berkata, bantuan makanan diagihkan melalui Pengerusi MPKK Kampung Gemas Indah, Encik Mohd Rawi Majid; Pengerusi MPKK Londah, Encik Raja Roslizam; Pengerusi MPKK Kampung Kurnia DiRaja, Encik Mahmod Isa.

Pengerusi MPKK Ladang, Encik Ahmad Hamidi Seman; Pengerusi MPKK Kampung Ulu Ladang, Encik Jemadi Basri; Pengerusi MPKK Kampung Pasir Besar, Encik Abu Kasim dan Pengerusi KRT Kampung Seri Gemas, Encik Nor Fadillah.

Show More

Related Articles

Back to top button