Berita

Arul sumbang mesin pernafasan oksigen kepada pesakit jantung

NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah memberi sumbangan Portable Oxygen Concentrator atau mesin pernafasan oksigen kepada seorang pesakit jantung di Taman Desa Jasmin.

Arul Kumar berkata, pesakit tersebut bukan sahaja mempunyai masalah jantung, beliau juga mengidapi beberapa penyakit kronik lain.

“Beliau kini sedang menjalani dialisis.

“Oleh itu, untuk bergerak ke mana sahaja memerlukan mesin oksigen ini.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu beliau dalam apa jua aktiviti beliau,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button