Berita

Aishah: Masalah banjir menghantui penduduk Kampung Seri Gemas selesai

GEMAS: Penduduk Kampung Seri Gemas kini boleh menarik nafas lega apabila Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Othman@Seman berjaya menyelesaikan permasalahan yang menjadi punca kejadian banjir kilat 29 Mei lalu.

Siti Aishah berkata, kejadian banjir itu berpunca apabila air dari tapak pembinaan perumahan bersebelahan dengan sebuah pasaraya turun ke kawasan perumahan berhampiran.

“Saya telah memanjangkan hal ini kepada pemaju perumahan tersebut untuk membuat saluran air sementara supaya apabila hujan ianya tidak lagi mengakibatkan banjir lumpur.

“Pada 31 Mei, kerja-kerja mengorek saluran air telah dijalankan dan saya percaya dengan langkah pencegahan ini, kejadian banjir kilat tidak akan berulang di sini,” kata Siti Aishah.

Siti Aishah turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi MPKK Kampung Seri Gemas, Encik Zamros Sham Zakaria yang turut turun padang memastikan kerja-kerja pencegahan banjir berjalan lancar.

Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Kecil dan Tanah Gemas (PDKG), Encik Salahuddin Sanusi mengucapkan terima kasih kepada Puan Siti Aishah kerana cepat mengambil tindakan dan prihatin dengan masalah yang berlaku.

Show More

Related Articles

Back to top button