Aktiviti

Aishah santuni ‘Frontliners’ sempena Tahun Baru Cina

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah mengagihkan limau mandarin kepada ‘Frontliners’ yang bertugas ketika sambutan Tahun Baru Cina.

“Sebanyak 400 kotak limau mandarin telah diagihkan kepada ‘Frontliners’ di Klinik Kesihatan Gemas, Balai Polis Gemas dan Balai Bomba Gemas serta anggota polis dan tentera yang bertugas di sekatan jalan raya di Gemas..

“Tidak lupa juga peniaga berbangsa Cina di sekitar pekan Gemas dan masyarakat Tionghua di rumah ibadat.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini yang disambut sederhana kerana pandemik Covid-19,” kata Siti Aishah.

Sementara itu, Siti Aishah meneruskan pemberian beg sekolah dan alat tulis kepada 15 orang pelajar dan barangan keperluan dapur kepada lima keluarga kurang berkemampuan di Kampung Kurnia Diraja, Kampung Bangkahulu, Kampung Ulu Ladang dan Kampung Gemas Indah.

Show More

Related Articles

Back to top button