Berita

Aishah santuni golongan warga emas Felda Jelai

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman@Othman telah menziarahi golongan warga emas yang keuzuran di Felda Jelai 1 dan Felda Jelai 3.

“Seramai tujuh warga emas telah disantuni dan ada di antara mereka turut mempunyai anak Orang Kurang Upaya.

“Saya telah menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada semua warg emas ini.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban dan menceriakan mereka,” kata Siti Aishah.

Turut hadir, Ahli Majlis Daerah Tampin merangkap Pengerusi Veteran Gemas, Encik Hairul Anuar Shafial dan Pengerusi JKKR Felda Jelai, Encik Jumasri Rahim.

Show More

Related Articles

Back to top button