Berita

Aishah santuni mangsa banjir Kampung Sri Gemas

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman menyantuni 26 keluarga mangsa banjir di Kampung Sri Gemas.

“Hujan lebat mengakibatkan air naik dengan cepat.Sistem perparitan yang kecil dan tersumbat juga menjadi penyebab air naik dan berlakunya banjir kilat.

“Bantuan makanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Tampin sudah diagihkan. Pihak MPKK setempat juga bertungkus-lumus membantu mangsa banjir.

“Saya sendiri telah menghulurkan bantuan makanan. Saya juga akan mengadakan perbincangan dengan jabatan berkaitan untuk mengatasi masalah perparitan agar banjir kilat tidak berulang pada masa akan datang,” jelas Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button