Berita

Aishah sumbang bantuan makanan kepada 30 anggota bomba dikuarantin

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman menyumbang bantuan barangan keperluan asas kepada 30 anggota Balai Bomba Gemas yang dikuarantin akibat Covid-19.

Penolong Penguasa Balai Bomba Gemencheh, Tuan Norfaizal Ahmad telah menerima sumbangan tersebut dari Siti ‘Aishah.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban anggota bomba yang dikuarantin,” ujar Siti Aishah.

Sementara itu, Aishah turut menyerahkan sumbangan kewangan kepada wakil Surau Al-Hijrah KTMB Gemas, Encik Ramli Hamdi bagi pemasangan papan tanda di surau tersebut.

Ramli mengucapkan terima kasih dan berbesar hati menerima sumbangan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button