Aktiviti

Aishah sumbang RM21,500 kepada 11 masjid dan 21 surau

GEMAS: Sempena sambutan Ramadhan, Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah@Seman menyerahkan jumlah sumbangan sebanyak RM21,500 kepada 11 masjid dan 21 surau di DUN Gemas.

“Setiap masjid menerima sumbangan sebanyak RM1,000, manakala surau RM500.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu pengurusan masjid dan surau melaksana aktiviti pada bulan Ramadhan,” kata Siti Aishah.

Turut hadir dalam majlis sumbangan ini, Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr.Hasan Baharom dan Pegawai Agama Gemas, Ustaz Iliya Shairazi Mazlan.

Show More

Related Articles

Back to top button