Aktiviti

Aishah sumbang TV Plasma kepada SJKT Gemas

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman menyumbang sebuah televisyen Plasma kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gemas.

Siti Aishah berkata sumbangan ini bagi memudahkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran di SJKT Gemas.

“Pandemik Covid-19 banyak mengubah cara pengajaran dan pembelajaran konvensional kepada visual serta secara online.

“Justeru, kemudahan televisyen ini akan memudahkan pihak sekolah menjalankan aktiviti pendidikan secara visual dan interaktif.

“Ini akan meingkatkan lagi keupayaan pelajar di sekolah ini dalam menimba ilmu pengetahuan,” kata Siti Aishah.

Siti Aishah menyerahkan televisyen Plasma kepada Guru Besar SJKT Gemas, Puan Mary Janaki.

Sementara itu, Siti Aishah turut menyerahkan sebuah televisyen Plasma masing-masing kepada Penolong Pegawai Pemerintah, Batalion Ke-2, Rejimen 508 Askar Wataniah, Kem Tampin, Mejar Muhammad Abdullah dan wakil dari Sekolah Tadika Perpaduan Kampung Tiong, Encik Mohd Yusof.

Majlis penyerahan sumbangan televisyen Plasma ini berlangsung di Pejabat Penyelaras DUN Gemas pada Rabu.

Show More

Related Articles

Back to top button