Berita

Aishah turun padang melihat sebarang keperluan PPV Gemas

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman mengiringi Pegawai Penyelidik Exco Kesihatan Negeri Sembilan, Cik Tulesi Sandran meninjau keadaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Besar Gemas.

“Kehadiran kami di PPV ini untuk melihat sebarang keperluan sekiranya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia memerlukannya,” kata Siti Aishah.

Sementara itu, Tulesi menyerahkan dua buah kerusi roda untuk kegunaan PPV Gemas.

Pegawai Perubatan bertugas, Doktor Iqbal memberikan taklimat tentang perjalanan dan keadaan semasa di PPV Gemas.

Show More

Related Articles

Back to top button