Berita

Masjid Kampung Mendum terima RM4,000 daripada Suhaimi

LENGGENG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Suhaimi Kassim telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM4,000 kepada Masjid Kampung Mendum.

Suhaimi berkata, sumbangan tersebut diberikan bagi membantu pihak masjid menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan bersama penduduk setempat.

“Semoga sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban mereka,” kata Suhaimi.

Sumbangan tersebut diberikan sewaktu beliau menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Masjid Kampung Mendum.

Show More

Related Articles

Back to top button