Berita

Akta Anti-Lompat Parti akan dibawa dalam Persidangan Bajet 2023

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri menyambut baik keputusan parlimen yang meluluskan Akta Anti-Lompat Parti yang menyekat mana-mana ahli parlimen yang memenangi pilihan raya untuk menukar parti sesuka hati.

“Keputusan parlimen pada 28 Julai ini mampu memberi harapan dan kepercayaan kepada pengundi.

“Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak dapat membawa akta ini dalam sidang DUN terdekat.

“Hal ini kerana, perkara ini tidak dapat diselaraskan memandangkan Kerajaan Negeri memerlukan sekurang-kurang 14 hari atau lebih bagi melaksanakan Rang Undang-Undang ini di dalam sidang DUN.

“Namun, kita akan membawa usul ini di dalam Persidangan Bajet pada bulan November ini,” kata Aminuddin di Sidang Media selepas merasmikan Konferen Saintifik Tahunan Veterinar.

Show More

Related Articles

Back to top button