Aktiviti

Aktiviti riadah dapat mengeratkan hubungan masyarakat majmuk

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu dan MPKK Felda Palong 2 menyumbang beberapa peralatan sukan bagi kemudahan golongan belia di tanah rancangan Felda tersebut.

Musliadi berkata, beliau menyumbang dua unit tiang sepak takraw, manakala MPKK Felda Palong 2 menyumbang dua set bola futsal dan jaring futsal.

“Sumbangan ini bertujuan untuk menarik minat penduduk Felda Palong 2 terutama sekali di kalangan remaja untuk terus kekal sihat dengan beriadah di waktu petang.

“Dengan melakukan aktiviti riadah, kita bukan hanya dapat menyihatkan badan tetapi dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

“Ianya juga dapat menambah kenalan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan secara tidak langsung aktiviti riadah dapat mengeratkan hubungan antara kaum.

“Aktiviti riadah juga dapat mengaktifkan otak agar terus berfikir. Sesungguhnya, otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat,” ujar Musliadi.

Musliadi berharap, sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh penduduk Felda Palong 2.

Show More

Related Articles

Back to top button