Berita
Aktiviti sukan erat silaturrahim antara pemain: SAIFUL


SUNGAI LUI: Penganjuran aktiviti sukan seperti pertandingan sepak takraw mampu mengeratkan silaturrahim antara pemain dan pegawai pasukan.
Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman berkata, hal ini kerana sepak takraw memerlukan komunikasi serta kerjasama berpasukan yang baik.
“Pertandingan seperti ini juga perlu diadakan dengan lebih kerap supaya dapat mengasah bakat belia di sesebuah kawasan.
“Tahniah kepada MPKK Kampung Baru Air Hitam, MPKK Kampung Dusat dan ahli jawatankuasa yang lain kerana berjaya menjalankan program ini,” kata Saiful.